Home > Bahasa Melayu
88 Pelajar ITQSHHB Khatam Al-Quran
March 31st, 2023 | 10:28 AM | 194 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 88 pelajar, iaitu 40 pelajar lelaki; dan 48 pelajar perempuan menyertai Majlis Khatam Hafaz 30 Juz' Al-Quran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) yang diadakan pada pagi tadi bertempat di Musolla, institut berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.
Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Pengarah Pusat Da'wah Islamiah; Pengetua; Timbalan-timbalan Pengetua; para pegawai; pensyarah; dan guru-guru ITQSHHB serta ibu bapa para pelajar yang diraikan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas, dipimpin oleh Awang Abdurrahman bin Haji Md. Azmi.
Majlis disusuli dengan bacaan Doa Khatam yang diketuai oleh Awang Muhammad Faiz Najwan bin Mohd Saleh.
Tetamu kehormat majlis seterusnya menyampaikan Sijil Khatam Hafaz 30 Juz' Al-Quran kepada para peserta khatam.
Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Awang Muhammad Zulhelmi Hashim bin Jainuddin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]