FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Kefahaman, Kepekaan Mengenai Keadaan Cuaca Semasa


 


 March 31st, 2023  |  10:29 AM  |   160 views

BERAKAS

 

Sempena memperingati Hari Kajicuaca Sedunia 2023, Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengadakan Forum dan Taklimat Cuaca Kebangsaan Ke-19 bagi meningkatkan kefahaman serta kepekaan pelbagai kumpulan pengguna dan orang ramai mengenai keadaan cuaca semasa di negara ini.

 

Forum yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan berkenaan dihadiri wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta dan orang ramai.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

 

Pada tahun ini, Hari Kajicuaca Sedunia diraikan dengan tema yang dipilih iaitu 'Masa Depan Cuaca, Iklim dan Air Merentas Generasi' (The Future of Weather, Climate and Water Across Generations).

 

Dengan tema tersebut, forum cuaca ini memberi tumpuan kepada situasi cuaca yang akan dihadapi di Negara Brunei Darussalam (NBD), bukti perubahan iklim di negara ini dan sejarah pendek mengenai kemajuan dan pencapaian dalam bidang kajicuaca.

 

Forum diselajurkan dengan pembarigaan mengenai Monsun Peralihan yang dijangka akan bermula secara lazimnya pada April setiap tahun.

 

Ia bermatlamat untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelbagai kumpulan pengguna dan orang ramai mengenai keadaan cuaca semasa bagi NBD serta dapat memudah cara kesiapsiagaan dalam membuat perancangan dan tindakan awal dalam menghadapi sebarang keadaan cuaca.

 

Ia juga membincangkan mengenai pelbagai topik berkisar tentang ancaman global perubahan iklim dan kejadian banjir kilat di NBD serta langkah-langkah yang perlu diambil dalam menangani cabaran tersebut.

 

Hari Kajicuaca Sedunia disambut setiap tahun pada 23 Mac bagi memperingati berkuat kuasanya konvensyen Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) pada tahun 1950.

 

Hari Kajicuaca Sedunia juga disambut bagi menghargai sumbangan penting yang diberikan oleh Perkhidmatan-Perkhidmatan Kajicuaca dan Hidrologi Kebangsaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh dunia.

 

Ahli panel pada forum cuaca tersebut terdiri daripada Pegawai Kajicuaca dari BDMD iaitu Dayang Nurulinani binti Haji Jahari dan juga panel-panel jemputan iaitu Jurutera, Pengiran Siti Roslina binti Pengiran Haji Abd. Hamid dari Jabatan Saliran dan Pembentungan (DSS), Pegawai Pengurusan Bencana, Dayang Siti Joriahati binti Johari dari Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan juga Ketua Unit Adaptasi dan Kedayatahanan, Awang Mohammad Zulfadhli bin Haji Mahri dari Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS).

 

Turut hadir pada acara tersebut ialah Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta jemputan-jemputan khas termasuk wakil-wakil daripada kumpulan-kumpulan pengguna khidmat cuaca dan iklim seperti kumpulan tindakan awal dan keselamatan, kumpulan ekonomi dan industri, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat insurans, Perusahaan Kecil dan Sederhana dan juga pihak media masa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07