FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


19 Anak Yatim Mukim Batu Apoi Terima Sumbangan


 


 March 31st, 2023  |  10:30 AM  |   320 views

TEMBURONG

 

Ramadan terus diimarahkan dengan Majlis Tadarus Al-Quran daripada rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Batu Apoi, hari ini.

 

Mengetuai rombongan berkenaan pada majlis yang diadakan Masjid Kampung Batu Apoi, Mukim Batu Apoi di sini ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Tadarus Surah Al-Quran oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri diikuti para pegawai dan kakitangan KHEDN dan para jemaah masjid berkenaan.

 

Setelah itu, bacaan Tahlil, diikuti dengan Doa Selamat dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Awang Shamsuddin bin Haji Azahari.

 

Yang Berhormat seterusnya menyerahkan wakaf berupa barangan elektrik dan tikar sejadah dan kemudiannya penyampaian sumbangan derma kepada 19 anak yatim dari Mukim Batu Apoi dan diselajurkan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir yang juga selaku Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, pemangku-pemangku ketua kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Temburong berserta penduduk kampung sekitarnya.

 

Rombongan akan meneruskan Tadarus Al-Quran ke Masjid Pekan Seria di Daerah Belait pada 1 April ini nanti.

 

Adapun majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan di samping menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya dengan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta pemimpin akar umbi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07