FacebookInstagramTwitterContact

 

Mysterious Eerie Pillars Of Light Appeared In The Sky But The Source Is Very Mundane           >>           Improve Cognitive Performance And Attention With Good Fats And Nutrition           >>           7 Reasons To Drink Warm Water Every Day           >>           New Research Places The Sun's Magnetic Field Close To The Surface, Upending Decades Of Theories           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Anker Power Banks Are Up To Half Off Ahead Of Memorial Day Weekend           >>           Openai Will Reportedly Pay $250 Million To Put News Corp's Journalism In Chatgpt           >>           JPMC College of Health Sciences Open Day           >>           Various Activities in conjunction with Brunei Malay Quatrain Festival           >>           Bluesky Finally Has Dms, With Encrypted Messaging Coming ‘Down The Line’           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Alami Permulaan Tempoh Peralihan Monsun


 


 April 2nd, 2023  |  06:58 AM  |   96 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) kini  memasuki tempoh peralihan monsun, iaitu tempoh peralihan selepas Monsun Timur Laut dan sebelum memasuki Monsun Barat Daya.

 

Tempoh peralihan monsun berkenaan dijangka berterusan sehingga hujung bulan Mei.

 

Sepanjang tempoh berkenaan, ketiadaan luruan angin monsun membolehkan kesan angin tempatan untuk memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian kita.

 

Berdasarkan rekod klimatologi, kekerapan kejadian ribut petir adalah tinggi semasa tempoh peralihan monsun berkenaan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

 

Manakala, purata hari-hari yang berhujan bagi bulan April ialah sebanyak 16 hari dan bagi bulan Mei ialah sebanyak 18 hari.

 

Sepanjang tempoh berkenaan, negara lazimnya mengalami keadaan cuaca cerah pada waktu pagi dan hujan berasingan berlaku di kawasan pesisiran sekitar tengah hari.

 

Ribut petir pula dijangka berlaku di kawasan pedalaman negara pada sebelah petang dan merebak serta menjejaskan kawasan pesisiran dan perairan negara pada waktu malam, dan kadang kala berlanjutan sehingga awal pagi keesokan hari.

 

Tiupan angin yang perlahan juga dijangka daripada pelbagai hala pada waktu pagi dan malam, dan dari arah Barat Laut pada waktu petang; dan keadaan laut pada amnya berombak di paras sedikit.

 

Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa, dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran cuaca jika perlu.

 

Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit BDMD, iaitu Brunei WX, kerana maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan.

 

Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang 'www.met.gov.bn' atau melalui laman Facebook (@bruneiweather) dan Instagram (@brunei.weather).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Airline To 'Better Manage' Flights With AI Use

 2024-05-23 00:53:05