FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memantapkan Kemahiran Pemandu Pelancong


 


 April 2nd, 2023  |  07:11 AM  |   127 views

BERAKAS

 

Seramai 14 orang yang telah lulus pemeriksaan secara teori dan praktikal bagi Kursus Asas Pemandu Pelancong diraikan pada Majlis Penyampaian Sijil bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP).

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian sijil, Setiausaha Tetap, KSSUP, Dayang Hajah Tutiaty binti Awang Haji Abdul Wahab.

 

Kursus Asas Pemandu Pelancong Kali Ke-12 berkenaan telah dikendalikan selama 10 hari bermula 27 Februari 2023 hingga 9 Mac 2023.

 

Sejak kursus berkenaan mula diperkenalkan, seramai 185 pemandu pelancong yang berdaftar di Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP) mengikuti Kursus Asas Pemandu Pelancong yang dikendalikan secara kerjasama di antara pihak JKP dan pihak Laksamana College of Business (LCB), iaitu sebuah institusi yang dilantik bagi mengendalikan Kursus Asas Pemandu Pelancong di Negara Brunei Darussalam.

 

Kursus Asas Pemandu Pelancong berkenaan diadakan bertujuan untuk meningkatkan dan memantapkan kemahiran seorang pemandu pelancong dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi kehendak piawaian yang ditetapkan.

 

Pada masa yang sama juga menyelaras maklumat dan informasi yang disalurkan oleh setiap pemandu pelancong adalah tepat dan betul serta membuka pelbagai peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk tempatan khususnya dalam kalangan belia-belia di negara ini.

 

Peserta kursus berkenaan juga turut didedahkan terhadap pelbagai teknik kemahiran asas praktikal dan teori tentang tatacara sebagai pemandu pelancong, pengenalan pelbagai destinasi utama pelancongan dan tempat-tempat menarik serta pengenalan berhubung industri pelancongan di negara ini.

 

Kerjaya profesion sebagai pemandu pelancong sememangnya sangat-sangat diperlukan dalam sektor pelancongan di negara ini, maka adalah penting bagi setiap pemandu pelancong yang berlesen memainkan peranan dan tugasan yang penting dalam memastikan maklumat yang ingin disampaikan adalah tepat dan mudah difahami.

 

Melalui perkhidmatan yang kompeten dan profesional setentunya akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang diberikan selain daripada menjana kualiti dan imej pelancongan di negara ini.

 

Memandangkan adanya keperluan dan permintaan tinggi bagi pemandu pelancong, JKP mempelawa para belia terutamanya yang sedang dan masih mencari pekerjaan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

 

Pendaftaran kursus akan dibukakan bagi penyertaan orang ramai dan kursus seterusnya akan diadakan pada 11 hingga 20 September 2023. Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, bolehlah menghubungi LCB.

 

Bagi pemandu pelancong yang lulus Kursus Asas Pemandu Pelancong, adalah dikehendaki untuk menghadapkan permohonan ke JKP, KSSUP bagi mendapatkan Lesen Pemandu Pelancong.

 

Adalah menjadi satu kesalahan bagi mana–mana pihak persendirian yang mengendalikan perkhidmatan pemandu pelancong tanpa lesen yang sah dan boleh dikenakan denda mengikut peraturan 21. di bawah Perintah Pelancongan, 2016, iaitu bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi BND5,000; dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda akan dikenakan tidak melebihi BND10,000.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08