Home > Breaking News
Kebawah DYMM Akan Berangkat Ke Kerajaan Arab Saudi
April 7th, 2023 | 12:28 PM | 271 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam akan berangkat ke Kerajaan Arab Saudi bermula pada 9 April 2023.
Negara Brunei Darussalam dan Arab Saudi menikmati hubungan diplomatik yang mesra sejak terjalinnya pada 1 Julai 1987, yang meliputi kerjasama dalam bidang hal ehwal ugama; Haji dan Umrah; urusan visa; ekonomi dan tenaga.
Keakraban ini dapat dilihat melalui beberapa siri keberangkatan yang lalu, antara lainnya, Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi pada bulan Januari 1999 dan kali terakhir baginda berangkat ke Arab Saudi adalah bagi menghadiri Arab Islamic - American Summit pada bulan Mei 2017 yang dihoskan oleh negara berkenaan.
Manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi juga pernah berangkat mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam pada bulan Mac 2017.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]