Home > Bahasa Melayu
Berganding Bahu Meningkatkan Bekalan Darah
April 10th, 2023 | 07:29 AM | 129 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan bekalan darah di negara ini yang pada masa ini adalah di tahap yang rendah, orang ramai diseru untuk sama-sama membantu Pusat Pendermaan Darah dan Tabung-Tabung Darah di kesemua hospital kerajaan di negara ini dengan menderma darah.
Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen-kempen derma darah pada Isnin, 10 April 2023, pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam bertempat di Tingkat 3, Pisuk Babu Hall, Wafa Hotel & Apartment, Annajat Complex, Beribi; dan Selasa, 11 Mac 2023, pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam bertempat di Tingkat 3, Pisuk Babu Hall, Wafa Hotel & Apartment, Annajat Complex, Beribi.
Seterusnya adalah pada Khamis, 13 April 2023, 8.00 malam hingga 9.30 malam bertempat di Masjid Kampung Masin; dah Sabtu, 15 April 2023, pukul 8.00 malam hingga 9.30 malam bertempat di Lobi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong.
Kempen-kempen berikut adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]