FacebookInstagramTwitterContact

 

Presentation of Tithe Distribution           >>           Sports Development Programme           >>           Cultural Exchange Strengthens Bilateral Relations           >>           Visit to Raudah           >>           Adhere to the Set Regulations in Saudi Arabia           >>           Arrival of Fourth Delegation of Intending Haj Pilgrims           >>           The Nutritional Content And Health Benefits Of Pecans And Walnuts           >>           Mung Bean Is A Nutrient-Packed, Polyphenol-Rich Food That Protects Against Degenerative Disease           >>           Exercise Doesn’t Need A Prescription: It Can Reduce Parkinson’s Disease, Even Delay Its Progression           >>           Olivia Culpo's Malibu Bridal Shower Featured A Sweet Christian Mccaffrey Cameo           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tempahan Lebih Daripada Yang Dijangkakan


 


 April 11th, 2023  |  06:53 AM  |   125 views

BERAKAS

 

Di bulan Ramadan ini, tukang jahit mula sibuk menyiapkan tempahan baju kurung dan baju cara Melayu yang akan digayakan semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

 

Kebanyakan kedai jahit dan butik telah menutup tempahan untuk minggu pertama Aidilfitri bagi memastikan jumlah tempahan yang diterima mengikut kadar yang mampu disiapkan.

 

Antaranya ialah butik dan kedai jahit Designer Graduan, diungkayahkan oleh lima orang graduan, yang menawarkan perkhidmatan jahitan untuk baju cara Melayu, baju kemeja dan baju kurung.

 

Selain itu, butik Designer Graduan juga mengetengahkan hasil produk dari Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei seperti Songkok, Batik Brunei dan Kain Tenunan.

 

Menurut salah seorang Pegawai Pereka Fesyen Designer Graduan, Dayang Zumaihanisa bin Haji Myidin, tempahan yang mereka terima pada tahun ini telah mencecah lebih dari yang dijangkakan terutama sekali bagi baju kurung dan baju cara Melayu.

 

"Tempahan bagi Hari Raya Aidilfitri sudah penuh, namun kami masih menerima tempahan bagi pelanggan  yang akan mengambil baju mereka pada minggu kedua atau ketiga Syawal," katanya kepada Pelita Brunei.

 

"Baju kurung yang menjadi pilihan pelanggan ialah baju kurung Malaysia, baju kurung fesyen serta jenis 'dress', dan baju cara Melayu pula, jenis moden," katanya.

 

Beliau menambah, tempahan bagi sepasang baju lazimnya dapat siap dalam tempoh dua hari. Namun ia bergantung kepada jumlah tempahan yang mereka terima.

 

Sementara itu, para pelanggan juga dapat memilih songkok-songkok berkualiti dengan pilihan pelbagai jenis kain seperti beludu, tetron dan tenunan yang dihasilkan oleh Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.

 

Selain songkok, Butik Designer Graduan turut menawarkan sinjang-sinjang tenunan Brunei dengan pelbagai warna dan corak seperti Kain Arap Gegati, kain Silubang Bangsi, kain Tajong, Kain Bertabor Berpakan dan banyak lagi.

 

Mengulas mengenai operasi perniagaan semasa musim pandemik COVID-19, beliau berkata, mereka terpaksa menutup butik berkenaan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

 

"Walau bagaimanapun, kami meneruskan usaha dengan menjahit dan menjual sungkup muka jenis fabrik biasa dan batik Brunei yang mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai dengan penjualan lebih 800 helai sungkup muka, di samping menerima tempahan dari syarikat-syarikat," katanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Papua New Guinea Fears Thousands Buried After Landslide

 2024-05-28 00:42:55

Singapore Air CEO Thanks Staff After Turbulent Flight

 2024-05-28 01:20:10