FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei DPMM FC 4 – 1 Albirex Niigata           >>           Blood Donation Campaign           >>           Starmus 2024: Scientists And Musicians Unite In Bratislava To Celebrate Planet Earth           >>           MSME Market           >>           Livecook Trend gains Attention           >>           Charity Event           >>           UNISSA Annual Law Dinner           >>           Take Precautionary Measures during Active Weather Condition           >>           Special Munajat Night Gathering           >>           Visit to Hotels Accommodating the Country's Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


4 Premis Kena Kompaun BND500


 


 April 11th, 2023  |  06:55 AM  |   142 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengeluarkan empat kompaun kepada empat buah premis perniagaan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, dari pertengahan hingga penghujung bulan Mac 2023.

 

Hasil kerja-kerja pemeriksaan rutin penguatkuasaan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 mendapati empat buah premis perniagaan menjual minyak masak dan susu tepung formula anak damit melebihi harga maksimum yang ditetapkan. Kesemua empat premis perniagaan berkenaan masing-masing dikenakan kompaun berjumlah BND500.

 

Premis-premis yang dikeluarkan kompaun berjumlah BND500 adalah Halimon Trading Company; Hidayah Hania Enterprise; Inas Enterprise dan Soon Kheng.

 

Pada pertengahan hingga penghujung bulan Mac 2023, sebanyak lapan Notis Amaran juga telah dikeluarkan atas beberapa kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 termasuk menjual minyak masak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan tidak memaparkan tanda harga bagi sebahagian barangan runcit seperti telur ayam, sayur-sayuran, beras pelbagai jenis, tulang daging beku, dan tepung.

 

Sehubungan itu, para peniaga diingatkan untuk sentiasa bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan dengan mengamalkan perniagaan yang beretika serta mematuhi Akta Kawalan Harga, Penggal 142 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dalam usaha untuk membangunkan ekosistem perniagaan domestik yang sihat dan berdaya tahan.

 

Dalam kesempatan ini, JPES turut menyarankan para pengguna untuk menggunakan saluran-saluran rasmi yang disediakan bagi menyalurkan sebarang aduan atau maklum balas berkaitan dengan Akta Kawalan Harga, Penggal 142 melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak; Talian Darussalam 123; dan e-mel '[email protected]'.

 

Sebarang maklumat lanjut mengenai Akta Kawalan Harga, Penggal 142 juga boleh diperolehi melalui aplikasi mudah alih PenggunaBijak dan laman sesawang JPES di 'https://ddei5-0-ctp.trendmicro.com:443/wis/clicktime/v1/query?url=www.deps.gov.bn&umid=E69069BB-F8F5-0805-B47A-05C2CEAB01FB&auth=a5dd7243e8d5885f637f5cb287f6fc448d952f90-fa0d6adb8cdacb3f38956bf3af94a24b6058cb6f'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

UN Fears 670 People Buried Under Papua Landslide

 2024-05-27 01:16:59

'My Flat's Service Charge Has Doubled To £8,000'

 2024-05-27 10:26:25