FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


5 Wakil Belia NBD Sertai Dialog Belia ASEAN 2023


 


 April 11th, 2023  |  07:02 AM  |   661 views

BERAKAS

 

Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia melalui Direktorat Jeneral Belia (GDY) akan menganjurkan Dialog Belia ASEAN (AYD) 2023 mengenai Pembangunan Digital Untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) selama lima hari mulai 10 hingga 14 April 2023 di Jakarta, Republik Indonesia.

 

AYD 2023 akan menjadi platform kepada wakil belia di rantau ini untuk bertukar-tukar pandangan tentang bagaimana mereka boleh memperkasakan peranan mereka dalam menjadikan rantau ini sebagai pusat pembangunan digital untuk SDGs.

 

Para belia juga akan turut membincangkan peranan mereka dalam menggalakkan pertumbuhan inklusif, saksama dan mampan di rantau ini.

 

Sehubungan itu, seramai lima perwakilan belia Negara Brunei Darussalam (NBD) terdiri daripada pelbagai latar belakang diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan, Syed Abdul Muiz bin Haji Syed Anayatullah Shah berlepas ke Jakarta, Republik Indonesia bagi menyertai AYD 2023 berkenaan.

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Dayangku Farah Amirah binti Pengiran Redzuan.

 

AYD 2023 bertujuan untuk mencapai objektif bagi menyediakan platform dialog untuk belia membincangkan cadangan dasar untuk Pemimpin ASEAN mengenai penciptaan ekosistem rantau ini untuk keusahawanan belia bagi mengurangkan pengangguran belia, membangunkan potensi belia dalam mempercepatkan transformasi digital dan merealisasikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan pembangunan mampan.

 

Di samping itu, ia bertujuan untuk membina kapasiti belia dalam menyokong transformasi digital dan mewujudkan program berasaskan komuniti berkaitan melalui Program Bengkel Pendidikan dan Latihan Berkualiti, Decent Work, Inovasi dan Infrastruktur Industri, Tindakan Iklim, dan Perkongsian untuk Mencapai Matlamat-matlamat berkenaan.

 

Matlamat khusus berkenaan akhirnya akan menjadi kesan keseluruhan kepada semua 17 SDGs; dan membolehkan dialog serta kerjasama belia ASEAN-Indo-Pasifik, termasuk melalui kerjasama dengan rakan dialog dan organisasi antarabangsa, untuk menyokong pelaksanaan Tinjauan ASEAN di Indo-Pasifik (AOIP), terutamanya dalam memperkasakan belia untuk menerajui pembangunan digital untuk SDGS.

 

Di sepanjang Dialog Belia ASEAN diadakan, perwakilan belia akan berpeluang untuk mengikuti beberapa aktiviti seperti perbincangan panel, bengkel projek, membuat lawatan ke Amazon Web Services (AWS) Indonesia dan Schneider Electric Indonesia serta menghadiri Makan Malam Perpisahan dan Persembahan Kebudayaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59