Home > Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
April 11th, 2023 | 07:04 AM | 113 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan dengan kerjasama Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan dan Pusat Teknologi Maklumat pada hari ini menganjurkan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Majlis berkenaan adalah bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Mengetuai rombongan berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad.
Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Masjid Universiti Brunei Darussalam, Awang Muhammad bin Haji Bagol.
Majlis seumpama berkenaan merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan dan sebagai wadah dalam meningkatkan amalan ibadat serta mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Canselor, Rektor, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), para pegawai kanan, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pendidikan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]