FacebookInstagramTwitterContact

 

Charity Event Collection Presentation           >>           National Adau Gayoh Festival Appreciation Ceremony           >>           Korean-Brunei Art Exhibition           >>           Ops Tupai           >>           Convocation Ceremony           >>           Intending Pilgrims Activities           >>           Arrival of Second Intending Pilgrims           >>           Third Flight of Intending Haj Pilgrims Leave for Holy Land           >>           Congratulatory Messages           >>           His Majesty Unscheduled Visit to Ministry of Health           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


​ Perbanyakan Membaca Al-Quran


 


 April 11th, 2023  |  07:10 AM  |   189 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Al-Quran telah mengingatkan bahawa manusia pasti akan diuji, dan Al-Quran juga mengajar cara berhadapan dengan ujian di dunia iaitu dengan bersabar.

 

Untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat, kita perlu mengenali kitab Al-Kalam ini terlebih dahulu antaranya proses penurunan Al-Quran iaitu pertama dari Luh Mahfuz ke Baitul 'izzah di bulan Ramadan, dan kedua, ialah dari langit dunia yang disampaikan oleh Malaikat Jibril Alaihissalam kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara berperingkat selama 23 tahun.

 

Perkara tersebut merupakan antara inti pati Ceramah Khas bertajuk 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian dengan Petunjuk Al-Quran' yang disampaikan oleh Pensyarah / Dekan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Mohd Shahrol Azmi bin Haji Abd Muluk semasa Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di dalamnya kelolaan Jabatan Penjara 1444H/2023M.

 

Pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat 6, Bangunan KHEDN, di sini, Dr. Haji Mohd Shahrol Azmi turut mengongsikan, bagi mengajak sama-sama memperbanyakkan membaca Al-Quran, dan untuk menjadi seorang yang hebat, Al-Quran itu memerlukan kepada tiga perkara iaitu tilawah, tadabbur dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

 

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Selawat Tafrijiyyah yang diketuai oleh Penolong Kaunselor Penjara, Awang Fariszal bin Ali.

 

Majlis juga diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Penceramah Undangan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Race To Rescue Villagers Trapped After Deadly Landslide

 2024-05-26 00:18:23

Joy And Disbelief As Post Office Convictions Quashed

 2024-05-25 11:09:06