FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pelanjutan Kaji Selidik Tahap Kepuasan Pelanggan Bank


 


 April 12th, 2023  |  07:00 AM  |   159 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai pelanjutan tempoh pengendalian kaji selidik Tahap Kepuasan Pelanggan Bank sehingga 31 Mei 2023.

 

Kaji selidik yang dilaksanakan dengan kerjasama Brunei Association of Banks (BAB) berkenaan merupakan salah satu inisiatif BDCB untuk mengukuhkan perlindungan pengguna kewangan.

 

Kaji selidik berkenaan antara lainnya akan membantu dalam memahami pengalaman pelanggan bank berhubung kait perkhidmatan perbankan; mengukur tahap kefahaman pelanggan bank terhadap proses dalaman bank-bank dan mengenal pasti bidang-bidang penambahbaikan.

 

Hasil daripada kaji selidik berkenaan akan membantu pihak BDCB dan bank-bank untuk lebih memahami keperluan pengguna kewangan, dan seterusnya menghasilkan strategi yang bersesuaian di masa akan datang.

 

Bank-bank akan mengagihkan kaji selidik berkenaan melalui SMS atau e-mel kepada para pelanggan yang mengunjungi cawangan-cawangan mereka, ataupun para pelanggan yang terpilih.

 

Para pelanggan juga berkemungkinan akan dimaklumkan mengenainya melalui panggilan telefon.

 

Antara maklumat yang akan dipohonkan adalah butiran responden; maklumat asas mengenai pemilikan akaun dan transaksi kewangan; serta tahap kepuasan terhadap produk dan perkhidmatan perbankan.

 

Kaji selidik berkenaan tidak akan meminta sebarang maklumat sulit seperti nombor akaun bank dan kata laluan.

 

Dalam hal ini, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terhadap taktik penipuan kewangan daripada sumber-sumber yang tidak rasmi.

 

Jika mengalami keraguan, sila hubungi bank masing-masing untuk mendapatkan pengesahan.

 

Bagi sama-sama menyokong dan menjayakan inisiatif berkenaan, para peserta kaji selidik digalakkan untuk menjawab kaji selidik berkenaan dengan jujur dan tepat.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai kaji selidik Tahap Kepuasan Pelanggan Bank, sila hubungi pihak Isu Pengguna Kewangan, BDCB melalui talian +673 2380007 / +673 8380007 atau e-mel '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07