FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bantu Peserta Pelajari Kemahiran Vokasional


 


 April 12th, 2023  |  07:12 AM  |   83 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Baiduri Capital dan SMARTER Brunei bekerjasama untuk menyediakan biskut dan tart untuk Sambutan Hari Raya yang akan datang bertempat di Brunei Autism Centre for Adults (BACA), Sungai Hanching.

 

Sebagai sebahagian daripada program latihan berasaskan kompetensi SMARTER Brunei, empat orang pelajar dari SMARTER bersama beberapa orang guru meluangkan masa mereka untuk menyediakan pelbagai jenis biskut dengan perisa seperti cip coklat, oatmeal dan milo serta tart nanas.

 

Sukarelawan dari Baiduri Capital membungkus biskut dan tart berkenaan untuk diedarkan kepada pelanggan dan rakan kongsi tempatan mereka.

 

Secara keseluruhan, 100 kotak biskut dan tart dibeli oleh Baiduri Capital untuk membantu mengumpul dana bagi operasi berterusan SMARTER Brunei.

 

Program Latihan Berasaskan Kompetensi SMARTER Brunei adalah kursus khas untuk membantu pelajar memperolehi kemahiran vokasional seperti kemahiran dalam elektronik, celik komputer dan memasak.

 

Pengurus Besar Baiduri Capital, Brian Wong, berkata melalui inisiatif bersama dengan organisasi seperti SMARTER Brunei, mereka berharap dapat mempromosikan kepentingan tanggungjawab sosial dan pembangunan komuniti, pada masa yang sama menyokong pembangunan kemahiran hidup yang penting bagi mereka yang bekeperluan khas dalam masyarakat.

 

“Melalui aktiviti seperti ini, kami boleh terus menghargai kebolehan unik yang dimiliki oleh individu autism dan pada masa yang sama menyokong SMARTER Brunei untuk mengumpul dana yang mereka perlukan untuk pulih daripada masa yang mencabar ini dan terus menyediakan perkhidmatan mereka untuk tahun akan datang," katanya lagi.

 

Ini adalah aktiviti kedua Kumpulan Bank Baiduri dalam menyokong SMARTER Brunei pada tahun ini.

 

 Bank Baiduri bekerjasama dengan SMARTER Brunei pada  11 Mac 2023 untuk menganjurkan pelancaran galeri seni di Atrium ibu pejabatnya bagi meraikan Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

 

Karya seni yang dicipta oleh individu autisme dipamerkan di Atrium sehingga 31 Mac lalu, untuk membolehkan orang ramai dan pelanggan Bank Baiduri melihat dan membeli karya seni berkenaan.

 

Pelancaran galeri seni berkenaan merupakan inisiatif bagi mengumpul dana oleh SMARTER Brunei selepas ia mengumumkan pengurangan dan kemungkinan penutupannya pada bulan lepas.

 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Baiduri Capital mengkhususkan dalam perdagangan sekuriti dan produk pelaburan.

 

Melalui portal dagangan sekuriti secara dalam talian berasaskan laman sesawang yang selamat yang pertama dan satu-satunya di negara ini, pelanggan boleh berdagang di SGX (Singapura), HKEx (Hong Kong), China A-Shares, Bursa Malaysia, , the New York Stock Exchange (NYSE), NASDAQ Stock Market serta NYSE MKT LLC (AMEX).

 

Selain daripada perdagangan sekuriti, Baiduri Capital juga menawarkan Unit Trusts, ETFs, Bonds and Investment Linked Life Insurance plans.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Baiduri Capital, orang ramai boleh melayari 'www.baiduri.com.bn/baiduri-capital.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07