FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bengkel Cetus Idea, Cadangan Kreatif, Inovatif


 


 April 12th, 2023  |  07:16 AM  |   63 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Bahagian Teknologi Maklumat dengan kerjasama DST Sdn. Bhd. mengadakan Bengkel Innovation for Government untuk pegawai-pegawai KHEU yang diadakan di DST InnoLab, Tingkat 2, Bangunan Ibu Pejabat DST, Kampung Rimba, hari ini.

 

Bengkel tersebut merupakan kesinambungan daripada bengkel yang pernah dilaksanakan pada awal tahun 2021 bagi pegawai-pegawai kerajaan dari kementerian-kementerian berkenaan.

 

Hasil daripada sesi tersebut, KHEU dengan kerjasama DST Sdn. Bhd. telah berjaya menghasilkan salah satu solusi pembayaran Zakat Fitrah dalam talian e-zakat melalui portal DST pada tahun yang sama.

 

Adapun objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mencetus idea-idea atau cadangan-cadangan kreatif dan inovatif.

 

Dengan bantuan fasilitator, para peserta bengkel meneroka solusi-solusi bukan konvensional bagi mengatasi isu-isu dan cabaran-cabaran yang kompleks serta menghasilkan idea-idea yang berpotensi dapat meningkatkan mutu perkhidmatan KHEU kepada orang ramai.

 

Khususnya dalam melibatkan pembayaran secara dalam talian melalui menggunakan kredit telefon, kad debit / kredit dan e-wallet seperti yang dapat diakses menerusi portal dan aplikasi DST Sdn. Bhd.

 

Bengkel Innovation for Government telah diadakan selama dua hari iaitu pada Isnin, 10 April 2023 dan berakhir pada hari ini, Selasa, 11 April 2023 dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta bengkel di Bangunan Ibu Pejabat DST yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Radin Sufri bin Radin Basiuni.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07