Home > Bahasa Melayu
246 Anak Yatim Terima Sumbangan
April 12th, 2023 | 07:19 AM | 70 views
SENGKURONG
Seramai 246 anak yatim dari 10 buah kampung di Mukim Sengkurong menerima sumbangan derma pada Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim Mukim Sengkurong yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian derma tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Mohamed yang juga selaku Ketua Kampung Putat.
Majlis tersebut juga diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Selamat serta Berbuka Puasa bersama-sama.
Dengan adanya sumbangan yang dihulurkan diharap akan dapat membantu meringankan beban mereka dalam menyambut Aidilfitri yang menjelang tiba.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]