Home > Bahasa Melayu
PPDB Bertahlil Di Kubah Makam Diraja
April 12th, 2023 | 07:24 AM | 105 views
BRUNEI MUARA
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh berkah dan maghfirah ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Pesuruhjaya Polis (CP) PPDB, Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, para pengarah, ketua-ketua formasi, para pegawai pemerintah, para pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yaa Siin diikuti dengan bacaan Tahlil dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong PPDB, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB bagi menyemarakkan dan memperolehi lagi keberkatan sempena bulan Ramadan pada tahun ini 1444 Hijrah bersamaan 2023 masihi.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]