FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Al-Quran Sumber Panduan Setiap Umat Manusia


 


 April 12th, 2023  |  07:26 AM  |   100 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bulan Ramadan dikenali sebagai bulan Al-Quran. Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat teragung yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melalui perantaraan Malaikat Jibril secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun.

 

Begitu istimewanya Al-Quran kerana Al-Quran itu adalah sumber panduan untuk setiap umat manusia, bahkan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan manusia dan pemberi syafaat di kehidupan sana nanti.

 

Demikian antara inti pati ceramah bertajuk 'Cinta Al-Quran, Santuni Anak Yatim' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama dari Pusat Da'wah Islamiah, Dayang Siti Juhaidah binti Haji Bujang pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-anak Yatim Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya Tahun 1444H / 2023M yang berlangsung di Dewan Amar Pahlawan, MTIC, pagi tadi.

 

“Dalam agama Islam juga, sangat mengambil berat tentang hal ehwal dan kebajikan anak-anak yatim, daripada penjagaan mereka sehinggalah pengendalian harta sekiranya mereka mempunyai harta, semuanya ada digariskan dalam Al-Quran.

 

“Ganjaran yang diberikan terhadap perlakuan baik kepada anak yatim itu amat besar di sisi Allah Subhanahu Wata'ala," jelas Dayang Siti Juhaidah.

 

Sebagaimana dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tambahnya, daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Penjaga anak yatim daripada kerabat atau bukan kerabatnya, saya dan penjaga itu adalah seperti dua jari ini di syurga. Malik (periwayat hadis) mengisyaratkan jari telunjuk dan jari hantu" (Hadis riwayat Imam Muslim).

 

Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah AI-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari Negara Brunei Darussalam, Pengiran Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki.

 

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada  29 anak yatim dari warga MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

 

Antara objektif sambutan berkenaan ialah untuk memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, iaitu turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping menambah kesedaran dalam menyantuni anak-anak yatim serta mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim warga MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

 

Majlis kelolaan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Infokomunikasi), Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Ketua-ketua Eksekutif, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah bahagian, para pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan MTIC, jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07