Home > Bahasa Melayu
Kementerian Kesihatan Terus Semarakkan Bulan Ramadan
April 12th, 2023 | 07:29 AM | 131 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan petang tadi mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran (Juzuk 17) yang diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah serta penyampaian derma kepada anak-anak yatim sempena bulan Ramadan pada tahun ini.
Majlis berkenaan diadakan di Surau Nuurul 'Inayah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Majlis berkenaan diselajurkan dengan penyampaian derma kepada seramai 34 orang anak yatim daripada warga kakitangan Hospital RIPAS yang disempurnakan oleh Yang Berhormat.
Majlis Bertadarus berkenaan adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan yang diadakan secara bergilir di keempat-empat buah daerah di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan warga Hospital RIPAS.
Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, berserta para pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]