FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bersabar, Berikhtiar Menghadapi Ujian


 


 April 12th, 2023  |  07:30 AM  |   121 views

RIMBA

 

Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Soldadu Muhammad Zainul Ariffin bin Haji Haminuddin, johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat ABDB pada tahun 2022.

 

Sejurus itu, majlis diserikan lagi dengan ceramah khas sempena Nuzul Al-Quran yang bertajuk 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran', iaitu seruan tema sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Muhd Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

 

Dalam ceramahnya, beliau antara lain menggariskan ujian merupakan cara Allah hendak menyaring dalam kalangan hamba-hambanya yang mengakui beriman kepada-Nya, yang melalui ujian akan tampak jelas mana hamba-hambanya yang betul-betul beriman atau sebaliknya.

 

Menurut Pengiran Haji Muhd Hafizuddin lagi, ujian sering kita nobatkan dalam bentuk musibah, mala petaka, kemalangan, penyakit yang selalu memicu kepada perasaan hampa, sedih, duka, sengsara, kesakitan, ketidakpuasan dan sebagainya.

 

''Namun ada ujian yang terselindung dan sering dilupakan dan diabaikan oleh kebanyakan kita, iaitu nikmat kesihatan; kemewahan; kepintaran; kesejahteraan; pangkat; kedudukan yang juga boleh memicu kita lupa untuk bersyukur, berbagi, tawaduk dan sebagainya,'' katanya.

 

Justeru itu terangnya, kita selaku orang beriman perlu menyantuni dengan menganggap segala ujian itu sama ada baik atau buruk menimpanya dengan sabar, ikhtiar dan bertawakal kerana ia yakin semuanya sebagai wasilah untuk Allah menegur dan menganugerahkan pengampunan dan meninggikan darjat di samping dengan panduan dan bimbingan Al-Quran.

 

Hadir pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

 

Juga hadir, Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei; peringkat kepimpinan serta para pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah undangan dan laungan Selawat beramai-ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07