Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM Adakan Lawatan Ke Islamic Arts Biennale
April 12th, 2023 | 07:34 AM | 257 views
SAUDI ARABIA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengadakan lawatan ke Islamic Arts Biennale yang bertempat di Terminal Haji, Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, hari ini.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah ahli-ahli kerabat diraja.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Assistant Minister of Culture, Tuan Yang Terutama Rakan bin Ibrahim Al-Touq.
Turut hadir ialah Menteri Perdagangan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am Perdagangan Asing, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Alkassabi selaku Menteri Pengiring.
Semasa di Pameran Islamic Arts Biennale ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat melawat tempat-tempat galeri pameran termasuk Galeri Bait : House of God, Galeri Almadar serta Pavilion Mekah Al-Mukarramah dan Pavilion Madinah Al-Munawwarah.
Islamic Arts Biennale ini, antara lainnya, sebagai satu wadah untuk meningkatkan kefahaman tentang kebudayaan, ketamadunan dan sejarah Islam, di mana pameran ini adalah yang pertama seumpamanya dalam mengetengahkan lebih 300 karya seni Islam kontemporari dan bersejarah-lebih 40 daripada institusi antarabangsa dari seluruh dunia serta lebih 235 daripada institusi Arab Saudi, termasuk artifak berharga dari Dua Masjid Suci di Mekah dan Madinah.
Tema, 'Awwal Bait' atau 'Rumah Pertama', merujuk kepada Rumah Pertama Allah iaitu Kaabah di Mekah, sebagai tapak paling suci dalam Islam dan arah kiblat bagi umat Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]