Home > Bahasa Melayu
Rukyah Anak Bulan Syawal, 20 April
April 13th, 2023 | 07:10 AM | 114 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak lima lokasi telah dipilih bagi penglihatan anak bulan Syawal Tahun 1444 Hijrah seluruh negara pada petang Khamis, 29 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 20 April 2023 Masihi.
Menurut pemakluman Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim-hakim Syar'ie dan Pegawai-pegawai dari Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah anak bulan Syawal 1444 Hijrah.
Lokasi-lokasi yang ditetapkan itu ialah di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambog, Daerah Tutong dan Bukit Lumut, Daerah Belait.
Berikutan dengan itu, pengumuman 1 Syawal (awal Syawal bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik-baik sahaja rukyah pada petang tersebut diperoleh melalui pihak berkenaan.
Sehubungan itu, orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]