FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penyerahan Wang Zakat Daripada 3 Syarikat


 


 April 13th, 2023  |  07:20 AM  |   276 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih BND4 juta diterima hasil daripada penyerahan Wang Zakat Perniagaan dan Zakat Wang Simpanan daripada tiga buah syarikat hari ini yang diadakan di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

 

Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB), telah menyerahkan wang zakat Simpanan Pelanggan berjumlah BND4,177,333.34 yang diserahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan TAIB.

 

Manakala Koperasi Persatuan Tiba (KOTIBA) menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah BND62,550.90 oleh Timbalan Pengerusi Koperasi TIBA, Dayang Hajah Normah binti Haji Ibrahim.

 

Sementara Syarikat Muraqabah Hartanah Haji Ahmad bin Haji Bakar (MURABAHA) menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah BND40,362.00 dan diserahkan oleh Timbalan Pengerusi MURAQABAH, Awang Haji Roslan bin Dato Paduka Haji Yaakub.

 

Penyerahan wang zakat tersebut seterusnya diserahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

MUIB telah berhasil mengutip sejumlah BND21,910,607.48 pada tahun lalu berbanding BND18,894,594.76 pada tahun sebelumnya.

 

Pada setiap tahun MUIB mengagihkan kutipan zakat melalui skim-skim agihan seperti agihan wang tunai bulan, agihan keperluan asasi, persekolahan, elaun bulanan untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi, sewa rumah, penanggung hutang (Al- Gharimin), rawatan perubatan, modal berusaha, Skim PROPAZ-PPB dan PROPAZ-Perantis.

 

Pada tahun 2021, seramai 13,460 orang telah menerima zakat masing-masing. Manakala pada tahun 2022 seramai 11,248 orang menerima agihan zakat.

 

Pada tahun 2021, sejumlah BND37,766,000.00 wang zakat telah diagihkan kepada para penerima dan pada tahun 2022 sejumlah BND33,710,000.00 wang zakat telah diagihkan.

 

Bagi tahun ini, wang zakat yang diperuntukkan untuk diagihkan kepada para penerima adalah dianggarkan berjumlah BND32,272,800.00.

 

Sehubungan itu, umat Islam di negara ini adalah diseru untuk menunaikan kewajipan untuk menunaikan zakat harta masing-masing apabila telah sampai nisab dan haulnya.

 

Selain sebagai memenuhi tanggungjawab menyelesaikan kewajipan, ia juga sebagai suatu tanggungjawab sosial dalam sama-sama membantu golongan yang memerlukan khususnya asnaf zakat yang paling tinggi di negara ini iaitu asnaf fakir dan miskin.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15