FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tazkirah Ramadan Eratkan Hubungan Silaturahim


 


 April 14th, 2023  |  12:31 PM  |   204 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan mengadakan Sembahyang Fardu Zuhur dan tazkirah Ramadan yang dikendalikan oleh beberapa jabatan di bawah Kementerian Kesihatan bertempat di Surau, Kementerian Kesihatan.

 

Tazkirah pertama diadakan pada 30 Mac 2023 bertajuk 'Peluang Meningkatkan Bekal' yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Da'wah dari Pusat Da'wah Islamiah, Muhammad Fuad bin Matahir.

 

Tazkirah berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Pentadbiran Bahagian Kewangan dan Perolehan, Kementerian Kesihatan.

 

Manakala, tazkirah kedua pula diadakan pada 6 April 2023 bertajuk 'Anugerah Ramadan' yang disampaikan oleh Pembimbing Majlis Ta'lim Anwar Al-Hudaa, Pengiran Abdul Basit bin Pengiran Haji Zaini.

 

Tazkirah dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan.

 

Tazkirah ketiga yang diadakan pada hari ini, bertajuk '10 Malam Terakhir Bulan Ramadan' disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Haji Md. Nazir bin Haji Othman.

 

Tazkirah berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan.

 

Tazkirah Ramadan berkenaan adalah merupakan salah satu aktiviti keagamaan dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan berserta para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07