Home > Bahasa Melayu
Tingkat Amal Ibadat Pada Bulan Ramadan
April 14th, 2023 | 12:32 PM | 205 views
SERIA
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, rombongan Tadarus bagi jabatan-jabatan kerajaan Daerah Belait diteruskan lagi di Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Lorong 3 Selatan, Seria yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.
Majlis Tadarus Al-Quran berkenaan diselenggarakan bersama Jabatan Daerah Belait dan Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh ketua rombongan, diikuti dengan Tadarus Al-Quran dan seterusnya bacaan Tahlil dan Doa Arwah oleh Imam Masjid berkenaan, Awang Haji Noor Azhar bin Haji Harith.
Majlis diteruskan dengan rombongan bersungkai bersama-sama para jemputan, Ahli Jawatankuasa Takmir dan jemaah masjid dan seterusnya menunaikan Solat Fardu Maghrib Berjemaah.
Tujuan Tadarus berkenaan diadakan sebagai salah satu syiar untuk memakmurkan masjid, mengeratkan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan dengan jemaah masjid dan penduduk kampung dan juga untuk sama-sama meningkatkan amal ibadat pada bulan Ramadan.
Turut hadir, Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]