Home > Bahasa Melayu
Sifar Kes Dalam Kategori 5
April 14th, 2023 | 12:34 PM | 111 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam pada hari ini mencatatkan 126 kes sembuh COVID-19 di mana dengan jumlah tersebut, jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini meningkat kepada 284,442.
Kementerian Kesihatan melalui Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 juga turut memaklumkan bahawa tiga kes berada di Kategori 4 iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi manakala tiada kes berada di Kategori 5 iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Bagi Program Vaksinasi setakat 13 April 2023, sebanyak 88.1 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.8 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 79.2 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 12.1 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]