FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


173 Anak Yatim Terima Sumbangan Derma


 


 April 14th, 2023  |  12:40 PM  |   115 views

TEMBURONG

 

Bagi meringankan beban perbelanjaan anak-anak yatim semasa menyambut bulan Syawal nanti, seramai 173 anak-anak yatim di Daerah Temburong menerima sumbangan derma pada Majlis Penyampaian Derma Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong bagi Tahun 1444H / 2023M yang diadakan di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Mukim Bangar, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim selaku Penasihat Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong.

 

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Batu Apoi, Awang Shamsuddin bin Haji Azahari.

 

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, disusuli dengan penyampaian sumbangan derma kepada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong daripada para penderma.

 

Sumbangan derma pada hari ini adalah sumbangan derma daripada Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong, Tabung Anak-Anak Yatim, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), orang persendirian dan syarikat-syarikat swasta.

 

Dengan adanya sumbangan derma ini, dihasrat kepada anak-anak yatim akan dapat membelanjakan sumbangan berkenaan dengan sebaiknya, dan sekali gus dapat menabung bagi kegunaan pada masa hadapan.

 

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir; Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Suhaili selaku Pengerusi Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong; Pemangku Penghulu-penghulu Mukim; Ketua-ketua Kampung dan Pemangku Ketua-ketua Kampung; Ketua-ketua Cawangan; Ahli-ahli Jawatankuasa Tabung Anak-Anak Yatim Daerah Temburong Sesi 2022-2024; anak-anak yatim Daerah Temburong dan para dermawan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07