Home > Bahasa Melayu
Jabatan Penerangan Semarakkan Sambutan Nuzul Al-Quran
April 14th, 2023 | 12:43 PM | 126 views
BERAKAS
Bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, Jabatan Penerangan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, bertempat di Dewan Auditorium, jabatan berkenaan.
Antara perisian majlis ialah Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ketua Guru Agama Pusat Pakar Pantai Jerudong, Ishkandar bin Haji Buntar selaku Penceramah Undangan, yang mana beliau antara lain menyentuh mengenai kitab suci Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannya.
Katanya, Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
Al-Quran merupakan kalamullah dan berfungsi sebagai petunjuk untuk seluruh umat manusia tambahnya, selain mengandungi panduan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia yang diaturkan dengan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala.
Majlis diakhiri dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai, dipimpin oleh Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.
Hadir pada majlis tersebut, Pemangku Pengarah Penerangan Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah.
Turut hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini berserta pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]