FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


SEAMEO VOCTECH Adakan Majlis Khatam Al-Quran


 


 April 14th, 2023  |  12:48 PM  |   126 views

GADONG

 

Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, melalui Ahli Jawatankuasa Musala Ar-Raudah SEAMEO VOCTECH tidak ketinggalan mengadakan aktiviti berkebajikan sepanjang bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

 

Aktiviti keagamaan seperti menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah dan Tadarus Al-Quran serta membersihkan tanah perkuburan mantan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Justeru itu pada lewat petang tadi, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan dan menandakan tamat pembacaan 30 juz Al-Quran yang diadakan di Dewan Jubli Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, di sini.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala semoga seluruh penduduk dan negara akan bebas dan terlepas daripada segala bahaya, bala dan wabak penyakit merbahaya dengan berkat membaca Selawat At-Tafrijiyyah ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

 

Pada majlis berkenaan, guru di Sekolah Ugama Sungai Besar, Awang Mohammad Ayub bin Ali, dijemput bagi mengepalai bacaan Takhtim, Doa Takhtim Al-Quran dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis juga diselajurkan dengan Majlis Bersungkai, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan  penyampaian derma hasil sumbangan daripada warga SEAMEO VOCTECH kepada anak-anak yatim, iaitu anak-anak daripada mantan warga pusat berkenaan yang telah kembali ke rahmatullah.

 

Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan di bawah Projek Tanggungjawab Social Korporat (CSR) SEAMEO VOCTECH.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan, Timbalan-timbalan Pengarah, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH serta anak-anak yatim yang diraikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07