FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


World #Quranhour : Galak Masyarakat Berinteraksi Dengan Al-Quran


 


 April 14th, 2023  |  13:28 PM  |   237 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

World #QuranHour pada tahun ini membawakan tema 'Memanusiakan Ummah' (Humanising the Ummah) melalui agenda 'Humanising the Home', 'Humanising the Workplace', 'Humanising the Nation' serta 'Humanising the World' dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga.

 

 Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Insan, 76:1 yang bermaksud “Bukankah pernah datang kepada manusia suatu masa, yang pada ketika itu belum dikenali (belum ada untuk dikenal)".

 

Ayat berkenaan menjelaskan bahawa manusia tidak pernah wujud dan tidak dikenali sebelum diciptakan ke alam ini. Ayat berkenaan sekali gus menjadi garis panduan  untuk manusia agar sentiasa 'reset' diri dan sedar bahawa kita ini adalah hamba-Nya.

 

Sebagai seorang hamba, kita tidak boleh bersikap angkuh, sombong serta lupa diri sesama manusia lebih-lebih lagi kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Setelah kerangka fikir ini diselaraskan, adalah perlu untuk manusia menetapkan sistem operasi diri mereka berlandaskan Al-Quran.

 

Terdapat 11 karakter yang perlu dididik dalam diri seseorang untuk menjadi insan berkebajikan (Al-Abrar) dan ia mencakupi tanggungjawab manusia kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan tanggungjawab manusia sesama manusia antaranya seperti memenuhi nazar / janji kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan sesama manusia (76:7); takut azab Allah Subhanahu Wata'ala (76:7) ; memberi makan apa yang disukainya (76:8); ikhlas (76:9) ; beriman kepada hari akhirat (76:10); berpegang teguh dengan Al-Quran (76:23); sabar (76:24); menahan diri daripada melakukan dosa (76:24); menunaikan solat fardu (76:25); menunaikan Solat Tahajjud (76:26); dan bertasbih (76:26).

 

 World #QuranHour adalah sebuah kempen berimpak tinggi yang dipelopori oleh Warisan Ummah Ikhlas Foundation bermula dari tahun 2015.

 

 Ia merupakan sebuah gerakan membina sistem nilai melalui Al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia.

 

Matlamat utama World #QuranHour adalah untuk menggalakkan masyarakat berinteraksi dengan Al-Quran iaitu baca, faham dan amal selain menggarap pelbagai nilai mulia yang dapat dihayati daripada surah-surah di dalam Al-Quran bagi membentuk cara hidup berlandaskan Al-Quran.

 

 Selain itu, ia diharapkan dapat melahirkan legasi yang mempunyai sistem operasi diri berlandaskan Al-Quran untuk membangun negara dan dunia yang berbudi dan penyayang.

 

Hadir menyertai World #QuranHour yang diadakan di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

 Turut hadir, Penaung I, Takmir MRSB, Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong; dan Penaung II, Takmir MRSB, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

 

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian sinopsis yang berkaitan inti pati Surah Al-Insan.

 

Surah Al-Insan, ayat 1 hingga 15 dibacakan oleh Abd. Aziz bin Noor Nasran dan seterusnya Tadabbur Surah Al-Insan, ayat 1 hingga 15 diterangkan oleh Profesor Dato' Dr. Haji Zulkifly bin Haji Muda.

 

Sementara Pengiran Mohammad Amirul Aiman bin Pengiran Haji Marjuki seterusnya membacakan Surah Al-Insan, ayat 16 hingga 31 diikuti Tadabbur Surah Al-Insan, ayat 16 hingga 31 oleh Dr. Nazirul Mubin bin Ahad.

 

 Majlis diselajurkan dengan resolusi Surah Al-Insan, bacaan Doa serta Selawat dan Dikir sebelum acara berbuka puasa dan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur" (Terjemahan Surah Al-Insan, 76:3).

 

 Di dalam ayat ini, Allah Subhanahu Wata'ala menjelaskan bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk dan panduan bagi orang beriman.

 

Justeru, kita perlulah berpegang teguh dan menjadikan Al-Quran sebagai sistem operasi diri agar kita termasuk di dalam golongan hamba-Nya yang bersyukur dan bukan golongan yang kufur.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47