Home > Bahasa Melayu
Berkenan Melawat Galeri Perjalanan Kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
April 14th, 2023 | 13:31 PM | 337 views
MADINAH AL-MUNAWWARAH, KERAJAAN ARAB SAUDI
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan ke The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization, Madinah Al-Munawwarah.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah ahli-ahli kerabat diraja.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Secretary of the Board of Directors of International Exhibitions and Museums of the Biography of the Prophet and Islamic Civilization, Dr. Nasser Al-Zahrani.
Semasa di muzium ini, Kebawah DYMM berangkat melawat tempat-tempat galeri yang memaparkan visual maklumat dan pembelajaran seperti mengenai ketuhanan Allah Subhanahu Wata'ala dan As-sirah An-nabawiyah (perjalanan nabi).
The International Fair and Museum of the Prophet's Biography and Islamic Civilization yang terletak bersebelahan dengan Masjid An-nabawi merupakan sebuah muzium yang antara lainnya didedikasikan bagi perjalanan kehidupan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melalui akhlak dan ajaran Baginda yang mulia; memaparkan sejarah dunia Islam, monumen dan artifak; menunjukkan kesan serta sumbangan umat Islam kepada ketamadunan manusia dengan menggunakan teknologi dan kaedah terkini dalam mempromosikan ajaran Islam yang murni.
Muzium berkenaan juga mewujudkan sebuah wadah berbentuk 'educational entertainment' (edutainment) yang bertujuan untuk mengekalkan nilai murni, nilai agama, identiti nasional dan perpaduan masyarakat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]