FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Wadah Kerjasama Lakukan Acara Berkebajikan


 


 April 15th, 2023  |  06:42 AM  |   109 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Projek Amal Impian Cahaya Iman dengan kerjasama Kumpulan Prihatin WBC, hari ini, menganjurkan Majlis Bersungkai dan Penyampaian Sumbangan Derma yang berlangsung di Dewan Pisuk Babu, Kompleks Annajat, hari ini.

 

Seramai 150 penerima terdiri daripada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan golongan asnaf telah menerima sumbangan pada majlis berkenaan.

 

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Khairul Ariffin bin Haji Aji.

 

Pengerusi Majlis, Dayang Faridah binti Haji Awang Mohd. Taufik dalam alu-aluannya antara melahirkan harapan bahawa dengan adanya majlis seumpama itu akan dapat menjadi wadah untuk bersilatulrahim bagi menjalin kerjasama dalam apa jua kegiatan kebajikan, kemahiran untuk kesejahteraan bagi kehidupan pada masa akan datang.

 

Dayang Faridah berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang dan peluang untuk sama-sama menjayakan program kemahiran dan turut sama menyokong dan menyumbang kepada pembangunan negara.

 

Tambahnya, program-program yang diungkayahkan adalah seperti program inovasi wanita dan belia iaitu kemahiran dalam bidang pembuatan kuih-muih dan kemahiran kerja tangan, program berniaga daripada rumah dan juga program pelan pekerjaan.

 

“Mudah-mudahan dengan kemahiran yang diberikan itu nanti akan dapat memangkin semangat mereka agar lebih gigih berusaha dan mandiri.

 

“Dan adalah menjadi harapan pihak kami agar perkara ini mendapat perhatian dan sokongan yang berterusan daripada pihak KKBS," katanya lagi.

 

Dayang Faridah menambah, Projek Amal Impian Cahaya Iman dan Kumpulan Prihatin WBC sangat berbesar hati dan bersyukur atas sokongan yang telah diberikan oleh pihak KKBS selama ini di dalam membantu dan menangani kebajikan golongan dan keluarga yang kurang berkemampuan.

 

Penyampaian juga termasuk berupa naskhah-naskhah Al-Quran kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf yang terpilih serta sumbangan derma dan barang-barang asasi sumbangan daripada para penginfak terdiri daripada Projek Amal Impian Cahaya Iman, Ahli Kumpulan Prihatin WBC, Rentokil company, Shah Indra company, Victorious Health and Fitness, Projek Kongsi Rezeki dan Pertubuhan Kasih Slimmimi.

 

Sebelum acara berbuka puasa, majlis diselajurkan dengan membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil yang dipimpin oleh Awang Azame bin Alias.

 

Adapun majlis tersebut merupakan acara tahunan setiap menjelang bulan Ramadan dengan hasrat untuk meringankan beban perbelanjaan penerima-penerima dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47