FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Temporary Road Closure           >>           Temporary Closure of Petrol Stations           >>           Blood Donation Campaign           >>           Study Visit           >>           Discussion Session           >>           Village Head Appointment Certificate Presentation           >>           Presentation of Letters of Appointment and Incentive           >>           Opening Ceremony of School Leaders Convention           >>           Tahlil Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Belia Untuk Sentiasa Berdamping Dengan Al-Quran


 


 April 15th, 2023  |  06:46 AM  |   225 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Tadarus Al-Quran antara amalan yang sangat digalakkan di bulan Ramadan untuk dipraktikkan di masjid-masjid mahupun surau dan balai ibadat dalam meningkatkan lagi ketakwaan demi mengharapkan pahala berlipat ganda.

 

Justeru, pihak Ahli Jawatankuasa Takmir (AJKT) Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia sangat berbesar hati dengan penyertaan para belia dalam sama-sama mengimarahkan bukan sahaja pada malam-malam Ramadan bahkan juga pada bulan lain.

 

Penghulu Mukim Zon 2 Kampong Ayer yang juga Pemangku Penghulu Mukim Zon 1 Kampung Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid semasa ditemui bersyukur kerana penyertaan pembaca Al-Quran Tadarus Al-Quran pada bulan suci itu dari dalam kalangan belia yang berumur sekitar 15 ke 25 tahun adalah memggalakkan dan meningkat dari setahun ke setahun.

 

Awang Raimi yang juga selaku Penasihat AJKT Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad Kampung Setia menjelaskan bahawa peningkatan tersebut amat memberi kesan positif dalam sama-sama untuk meraih pahala.

 

Selain itu, ia juga mampu memberi contoh kepada yang lain ke arah mendukung masyarakat untuk berjinak-jinak dan mendekatkan diri dalam membaca Al-Quran sekali gus memartabatkan dalam membentuk negara kita sebagai Negara Zikir sebagai panduan di dunia dan bekalan di akhirat kelak.

 

Pada Majlis Tadarus Khatam Al-Quran, baru-baru ini, Awang Raimi seterusnya berharap semoga masyarakat kita di negara ini khasnya akan sentiasa membaca dan mengingati Al-Quran kerana terdapat manfaat dan faedah yang sangat banyak untuk kebaikan bersama di ke semua peringkat umur.

 

Lebih 100 peserta diraikan pada majlis tersebut termasuk 60 belia dan beliawanis dari kampung dan sekitarnya menyemarakkan malam-malam sejak awal Ramadan.

 

Sementara Ketua Imam masjid, Awang Haji Hassan bin Haji Lusin melahirkan penghargaan terima kasih atas penglibatan para peserta dan syabas juga atas prestasi para peserta terutama para pembaca muda dengan percubaan mereka membaca dengan bertaranum.

 

“InsyaaAllah, segala kekurangan akan diperbaiki di masa akan datang dan berharap para peserta akam sentiasa memgamalkan pembacaan Al-Quran mereka setiap masa," tambahnya lagi.

 

Majlis diserikan dengan Dikir Marhaban dan Doa Khatam dibacakan oleh Imam masjid, Mohammad Ahmed Haasyer bin Haji Samry.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47