Home > Bahasa Melayu
Indahnya Berbagi Di Bulan Al-Mubarak
April 15th, 2023 | 06:47 AM | 174 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kelebihan berinfak di bulan Al-Mubarak ini sangat besar ganjarannya kerana dapat mengajar kita akan indahnya berbagi kepada mereka yang amat memerlukan antaranya anak yatim dan mereka yang dalam kekurangan menjalani kehidupan harian.
Sehubungan itu, Majlis Perundingan Kampung Setia 'A' dan 'B' mengendalikan sumbangan berbentuk asasi harian seperti beras, minyak dan sebagainya di beberapa kampung di bawah tadahan Zon 1 dan 2.
Penghulu Mukim Zon 2 Kampong Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid yang juga memangku Penghulu Mukim Zon 1 hari ini menyerahkan sumbangan kepada beberapa ketua kampung di bawah tadahannya untuk seterusnya mengagihkan kepada sebahagian anak-anak yatim dan keluarga yang memerlukan di kampung masing-masing.
Awang Raimi berharap dengan adanya sedikit bantuan ini agar dapat membantu mereka dan memberi sinar keceriaan lebih-lebih lagi bagi menyambut lebaran yang akan tiba nanti.
Beliau juga berterima kasih kepada para penginfak yang dermawan dalam sama-sama menghulurkan bantuan dan mereka yang mengungkayahkan agihan berkenaan.
Semoga adanya usaha murni ini mengeratkan lagi ukhuwah sesama para penduduk untuk menilai perikemanusiaan dan keprihatinan untuk tidak 'camah mata' atas kesusahan orang lain.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]