Home > Bahasa Melayu
Penyerahan Dividen Kepada Pemegang Saham
April 15th, 2023 | 06:48 AM | 173 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pada 31 Mac 2023, Syarikat Brunei Methanol Sdn. Bhd. (BMC) membayar dividen akhir bagi Tahun Kewangan Terakhir 2022 kepada para pemegang saham syarikat berkenaan.
Sebanyak USD20 juta telah diagih-agihkan khususnya dalam kalangan pemegang-pemegang saham BMC.
Jumlah pembayaran dividen untuk Tahun Kewangan Terakhir 2022 ialah USD60 juta, yang menyaksikan dividen interim untuk tahun kewangan yang sama mula dibayar pada 31 Disember 2022.
Pembayaran balik ini adalah hasil daripada keuntungan yang dijana dan pendapatan tertahan terkumpul syarikat tersebut dan selepas pembayaran balik sepenuhnya pinjaman pembiayaan projek selama 15 tahun pada 14 Disember 2022, yang menunjukkan kestabilan kewangan operasi syarikat.
Keputusan mengenai pembayaran dividen Tahun Kewangan Terakhir 2023 akan dibuat selepas selesai penyelenggaraan pemulihan berjadual utama syarikat tahun ini dan penilaian terhadap prestasi syarikat. Jumlah dividen akan disyorkan pada keuntungan bersih syarikat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]