FacebookInstagramTwitterContact

 

Media Statement on the Issue of Replacing Pre-Paid Meter to USMS           >>           Fire and Rescue Department Events           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony           >>           Azan Subuh Competition           >>           Songdai Beraya with New Converts Ceremony           >>           Ramah Mesra Aidilfitri Ceremony           >>           Opening of Self-Identity Programme           >>           Kesyukuran Ceremony           >>           64th Fire and Rescue Department Celebration Parade           >>           Certificate Presentation for Executive Development Programme           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Berangkat Hadiri Majlis Perjumpaan


 


 April 16th, 2023  |  07:50 AM  |   372 views

SAUDI ARABIA

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji  Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, awal pagi ini, berangkat bagi menghadiri Majlis Perjumpaan bersama His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota dan Perdana  Menteri Kerajaan Arab Saudi yang bertempat di Al-Salam Palace, Jeddah.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah ahli-ahli kerabat diraja.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Al-Salam Palace dialu-alukan oleh His Royal Highness  Putera Mahkota dan Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi.

 

Baginda kemudiannya disembahkenalkan kepada Pembesar-pembesar Arab Saudi, diikuti dengan ahli-ahli rombongan delegasi Negara Brunei Darussalam juga disembahkenalkan kepada His Royal Highness.

 

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Am Perdagangan Asing, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Alkassabi selaku Menteri Pengiring.

 

Semasa Majis Perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan perasaan gembira dan penghargaan yang amat mendalam kepada pihak Kerajaan Arab Saudi atas  sambutan mesra dan layanan baik yang dihulurkan kepada baginda dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta ahli-ahli kerabat diraja yang lain semasa berangkat ke Arab Saudi ini.

 

Oleh itu, baginda yakin bahawa hubungan akrab antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi terus diperkukuhkan lagi melalui keberangkatan rasmi ini.

 

Di samping itu, Kebawah DYMM dan His Royal Highness juga menyentuh mengenai hal ehwal kerjasama dua hala serta usaha-usaha ke arah meningkatkan hubungan tersebut bagi manfaat yang lebih besar kepada rakyat dan penduduk kedua-dua buah negara.

 

Selepas Majlis Perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM brangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh His Royal Highness Putera Mahkota dan Perdana Menteri Kerajaan Arab Saudi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07