FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Moh Prihatin Pentingkan Kebajikan Pesakit Kurang Berkemampuan


 


 April 17th, 2023  |  06:52 AM  |   152 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

MoH Prihatin merupakan salah satu aktiviti kebajikan yang diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Pentadbiran dan Kewangan dan Perkhidmatan Kebajikan Perubatan.

 

Projek ini diungkayahkan bagi menyerahkan sumbangan yang terkumpul dari Tabung Bantuan Amal Pesakit Perkhidmatan Kebajikan Perubatan yang diperoleh daripada sumbangan ikhlas daripada warga Kementerian Kesihatan, persatuan-persatuan bukan kerajaan, pihak swasta dan orang-orang persendirian.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan pagi tadi mengadakan lawatan ke rumah-rumah pesakit yang kurang berkemampuan bagi menyampaikan sumbangan derma, barang-barang keperluan asasi dan peralatan perubatan kepada pesakit serta keluarga yang telah dikenal pasti dan berdaftar di Bahagian Kebajikan Perubatan di keempat-empat Daerah.

 

Pada tahun ini, seramai 15 pesakit dan keluarga yang berdaftar di bawah Perkhidmatan Kebajikan Perubatan (Medical Social Worker Services) telah dikenal pasti bagi tujuan lawatan berkenaan.

 

Rombongan lawatan tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan rombongan, iaitu Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong.

 

Rombongan lawatan kumpulan pertama bagi Daerah Brunei Muara diketuai oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang melawat seramai empat orang pesakit.

 

Di Daerah Belait, rombongan lawatan diketuai oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Dr. Ang Swee Hui, yang juga mengunjungi seramai empat pesakit, sementara rombongan di Daerah Tutong pula diketuai oleh Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abd Rahman, yang melawat seramai lima pesakit.

 

Manakala rombongan di Daerah Temburong pula diketuai oleh Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Dr. Hajah Lailawati binti Haji Jumat, yang melawat seramai dua pesakit.

 

Projek MoH Prihatin ini juga turut disokong oleh Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Kesihatan, pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai perubatan; jururawat-jururawat; kakitangan Hospital; wakil-wakil dari Persatuan Pakar Kesihatan Bersekutu (Allied Health Professionals Association), Cardiac Society Brunei Darussalam, Brunei Medical Association, Brunei Darussalam Association of Medical Laboratory Scientists (BAMLS) dan RIPASH Doctor's Mess.

 

Manakala, syarikat-syarikat yang turut menyumbangkan derma adalah dari Syarikat T.M.A Sdn. Bhd. dan Syarikat Bismi Trading Sdn. Bhd., serta sumbangan persendirian daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07