Home > Bahasa Melayu
Terus Meraih Ganjaran Pahala Bulan Ramadan
April 17th, 2023 | 06:55 AM | 129 views
SUNGAI BESAR
Meskipun Ramadan hampir sampai ke penghujungnya, namun pelbagai pihak di negara ini terus berlumba-lumba untuk meraih ganjaran pahala pada bulan suci Ramadan ini.
Sehubungan itu, jemaah Masjid Kampung Sungai Besar juga tidak ketinggalan untuk mengadakan satu kegiatan yang berkebajikan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini, iaitu acara Majlis Penutup Tadarus Al-Quran yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Besar, di sini.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Iman Firdaus bin Haji Mohd Hilmey, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Haji Amir Hisyam bin Haji Masri dan seterusnya bacaan Surah Al-Quran beramai-ramai.
Sementara itu, bacaan Takhtim dan Doa Tahlil pula dibacakan oleh Mohd Firdaus bin Mohd. Salleh.
Acara kemudian diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan makanan asasi kepada orang yang kurang berkemampuan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang juga Penaung Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]