FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkongsi Rezeki, Memupuk Rasa Tanggungjawab


 


 April 17th, 2023  |  06:57 AM  |   147 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ramadan merupakan bulan meningkatkan segala amal kebajikan dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sebagai warga korporat percaya dalam berkongsi rezeki dan memberi kembali kepada masyarakat.

 

BIBD sebagai rakan kongsi dalam kemajuan, menunjukkan sokongannya kepada Bulan Sabit Merah Brunei dalam inisiatif mereka untuk menyumbangkan pek makanan kepada 200 penerima pada Majlis Iftar Akbar BIBD dan BRC yang diadakan di BIBD Connect, Taman Mahkota Jubli Emas, di ibu negara.

 

Aktiviti tersebut selaras dengan komitmen bank untuk memberi kembali kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi bakal menjelang musim perayaan.

 

“Kami berbesar hati kerana berpeluang menghulurkan bantuan sebegini kepada mereka yang memerlukan pada musim perayaan ini. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, BIBD komited untuk menyumbang kepada kemajuan untuk semua lapisan masyarakat," kata Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Awang Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah.

 

“Di BIBD, kami menyedari bahawa kejayaan kami berkait rapat dengan kesejahteraan komuniti kami. Kami percaya bahawa berkongsi berkat dan memberi kembali kepada masyarakat bukan sekadar tanggungjawab tetapi satu keistimewaan.

 

“Sebagai Rakan Kerja Komuniti negara, adalah menjadi kewajipan kita, untuk menggalakkan penyertaan dalam kalangan semua lapisan masyarakat, termasuk kumpulan sasaran masyarakat kita, terutamanya dalam bulan yang penuh barakah ini," tambahnya.

 

Berkongsi keberkatan terangnya lagi, bukan sahaja tentang memberi kepada mereka yang memerlukan, tetapi kita juga membina dan mengukuhkan hubungan dalam masyarakat kita.

 

“Melalui kerjasama kami dengan pertubuhan kemanusiaan seperti Bulan Sabit Merah Brunei, kami boleh membuat perubahan sebenar dalam kehidupan mereka yang paling memerlukannya dan membina hubungan yang kukuh yang memupuk rasa tanggungjawab bersama dan tujuan kolektif.

 

“Kami akan terus bekerja tanpa jemu untuk menyokong masyarakat kita dan mewujudkan Brunei yang lebih makmur untuk generasi akan datang," ujarnya.

 

Inisiatif tersebut melibatkan sumbangan 200 bungkusan makanan daripada BIBD yang turut menyokong matlamat bank untuk menegakkan prinsip Maqasid Syariah yang termasuk memelihara kesejahteraan orang lain, dan dalam menyokong Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bermatlamat membasmi kelaparan dan kemiskinan.

 

Setiap penerima menerima dua pek makanan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli pengurusan BIBD serta pegawai dan kakitangan bank tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07