Home > Bahasa Melayu
Sembahyang Sunat Gerhana Matahari, 20 April
April 18th, 2023 | 06:27 AM | 147 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Merujuk pemakluman dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, fenomena Gerhana Matahari Separa insyaaAllah akan berlaku di Negara Brunei Darussalam, pada Khamis, 29 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 20 April 2023 Masihi, bermula dari jam 11.06 pagi hingga 1.42 petang.
Umat Islam adalah disunatkan untuk menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari jika sabit berlakunya gerhana.
Sehubungan, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Hal Ehwal Masjid akan mengadakan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari selepas menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah di semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara dengan tumpuan, di Masjid Omar 'Ali Saifuddien pada hari berkenaan.
Oleh yang demikian, orang ramai dan para jemaah adalah dialu-alukan hadir ke masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Sunat Gerhana Matahari pada Khamis, 29 Ramadan 1444 Hijrah bersamaan 20 April 2023 Masihi, sebaik sahaja selesai menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah, dengan mengikut garis panduan dan tatacara yang ditetapkan ketika berada di masjid, surau dan balai ibadat serta mematuhi nasihat-nasihat dari Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]