Home > Bahasa Melayu
Dalami, Fahami Makna Terkandung Dalam Al-Quran
April 18th, 2023 | 06:30 AM | 117 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Da'wah Islamiah (PDI) melalui Urusetia Program Keugamaan Belia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Belia Da'ie telah mengendalikan Program Siri Tadabbur Al-Quran 6.0 bertempat di Dewan Serbaguna, PDI.
Program tersebut diadakan pada setiap Isnin selama empat minggu berturut iaitu bermula dari 27 Mac hingga 17 April 2023.
Seramai 40 orang telah menyertai program terdiri daripada para pegawai dan kakitangan PDI, Ahli-ahli Jawatankuasa Belia Da'ie dan orang awam.
Sementara seramai 20 orang juga telah mengikuti program tersebut secara langsung melalui aplikasi Instagram 'Belia Da'ie'.
Program Siri Tadabbur Al-Quran 6.0 memuatkan pelbagai perkongsian daripada para asatizah Negara Brunei Darussalam yang dijemput. Bermula dari sesi pertama yang mana kongsi sama adalah mengenai 'Tadabuur Surah Al-Alaq' oleh Pegawai Ugama, PDI, Mohammad Nasyith bin Superi.
Pada sesi kedua, sesi kongsi sama adalah mengenai 'Tadabbur Surah Al Bayyinah' oleh Profesor Madya Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Abdurrahman Raden Aji Haqqi.
Sementara kongsi sama sesi ketiga adalah mengenai 'Tadabbur Surah Al-Zalzalah dan Surah Al-Qariah' oleh Penolong Kanan Profesor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Dr. Mikdar Rusdi.
Manakala bagi sesi terakhir, kongsi sama adalah mengenai 'Tadabbur Surah Al-'Adiyat' oleh Penolong Profesor UNISSA, Dr. Hajah Sarinah binti Haji Yahya.
Tujuan program diadakan adalah untuk mempelajari bidang tafsir Al-Quran secara intensif serta mendalami dan memahami makna-makna yang terkandung dalam Al-Quran atau istilah Arabnya, Tadabbur.
Di samping itu, untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan menghadiri majlis ilmu mengenai Al-Quran sambil mengeratkan silaturrahim dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Belia Da'ie dan orang awam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]