Home > Bahasa Melayu
PKWE Anjur Majlis Khatam Al-Quran
April 18th, 2023 | 06:32 AM | 119 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Dalam memartabatkan dan memuliakan Al-Quran, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara berhasrat akan terus meningkatkan keberkesanan pembacaan Al-Quran lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.
Sehubungan itu, dengan berakhirnya Tadarus Al-Quran, PKWE Daerah Brunei dan Muara mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan bagi ahli-ahlinya bagi Tahun 1444H / 2023M berlangsung di pusat berkenaan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai Pentabdir Tingkat Khas, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Mohd. Khairul Shahrul bin Haji Duahim.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Tenaga Pengajar Kelas Al-Quran, PKWE Brunei Muara, Awang Afiq Harire bin Haji Mat Daud.
Majlis Khatam diketuai oleh tetamu kehormat yang dimulakan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas dan seterusnya bacaan Takhtim.
Sementara itu, Doa Khatam dibacakan oleh tenaga pengajar Kelas Al-Quran disusuli dengan Dikir Marhaban oleh peserta-peserta lelaki warga emas dan kemudian diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Doa Kesyukuran.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]