Home > Bahasa Melayu
Kementerian Kesihatan Bertadarus Di Masjid Kampung Tanah Jambu
April 18th, 2023 | 06:50 AM | 191 views
TANAH JAMBU
Kementerian Kesihatan lewat petang tadi mengadakan Majlis Bertadarus Al-Quran dan diselajurkan dengan Penyerahan Sumbangan Wakaf kepada Masjid Kampung Tanah Jambu.
Majlis berkenaan berlangsung di masjid berkenaan, di sini
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Majlis Bertadarus berkenaan merupakan salah satu aktiviti keagamaan dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh rahmat ini di samping dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturahim di antara warga Kementerian Kesihatan dengan jemaah masjid dan penduduk Kampung Tanah Jambu bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala.
Majlis juga diteruskan dengan sumbangan wakaf berupa sebuah 'Computer Desktop' bagi memudahkan urusan-urusan kerja para pegawai masjid.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan, berserta para pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]