Home > Bahasa Melayu
Kementerian Kesihatan Adakan Majlis Tahlil
April 18th, 2023 | 06:51 AM | 196 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan telah mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Mahrum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkian Mu'izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Diraja, Kampung Tamoi, hari ini.
Mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.
Majlis Bertahlil ini merupakan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan bersempena bulan Ramadan setiap tahun.
Dengan adanya keikhlasan warga Kementerian Kesihatan menghadiri dan sama-sama membaca Tahlil serta Doa Arwah ini dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala akan memperoleh keredaan dan keberkahan di bulan yang mulia ini.
Kira-kira seramai 100 orang terdiri daripada ketua-ketua jabatan berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan telah menghadiri majlis tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]