Home > Bahasa Melayu
Berlumba-Lumba Tingkatkan Amalan
April 19th, 2023 | 06:42 AM | 149 views
KULAPIS
Pelbagai pihak terus berlumba-lumba meningkatkan amalan pada bulan suci Ramadan ini dengan mengadakan berbagai-bagai acara kebajikan dan keagamaan seperti Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bersempena dengan bulan Ramadan 1444H yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini.
Acara telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Haji Md. Burhanuddin bin Haji Damit, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta-peserta khatam
Turut hadir bagi sama-sama menyemarakkan lagi majlis, Pemangku Ketua Kampung Kulapis, Awang Mohammad Asyramisyanie bin Kamis.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]