FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkongsi Rezeki, Bantu Yang Memerlukan


 


 April 19th, 2023  |  06:45 AM  |   126 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Platform perkhidmatan penghantaran aplikasi tempatan, GoMamam, mengadakan penyerahan sumbangan barangan untuk keluarga kurang berkemampuan yang terpilih menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

 

Barang yang disumbangkan adalah termasuk katil, peti sejuk dan barangan keperluan harian yang terkumpul sepanjang bulan Ramadan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat tersebut dalam menyumbang kepada masyarakat.

 

Kakitangan GoMamam telah menyumbang dengan mengumpul dan mengedarkan sumbangan, dengan harapan agar dapat meraikan perayaan tersebut dengan semangat berkongsi sama.

 

“Kami sangat teruja dan berbesar hati untuk memulakan usaha amal ini untuk menyokong rakyat Negara Brunei Darussalam yang kurang bernasib baik. Inisiatif ini adalah untuk menyokong rakyat di negara ini yang memerlukan pada masa yang mencabar, terutamanya dengan peningkatan kos sara hidup.

 

“Ramadan telah mengajar kita untuk bersifat rendah diri dan belas kasihan, justeru berkongsi apa yang kita ada dengan mereka yang memerlukan bukan sahaja menjadi amalan kepada kita semua tetapi juga untuk mewujudkan kesedaran dalam menabung dan berkongsi," kata Ketua Pegawai Kewangan / Pengurus Besar GoMamam, Awang Abdul Hadi bin Haji Adanan.

 

Penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan pada Isnin, 17 April 2023, disertai oleh pihak pengurusan dan kakitangan GoMamam kepada beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di Daerah Brunei dan Muara.

 

GoMamam pertama kali dilancarkan di negara ini pada Februari 2020 dan berkembang semasa kemuncak wabak COVID-19. Platform itu diperkenalkan untuk menyediakan pengguna dengan cara yang selamat dan boleh dipercayai untuk memesan makanan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.

 

Aplikasi ini telah berkembang menjadi platform utama untuk perniagaan tempatan, dengan lebih 500 vendor kini tersedia di platform dan 1,200 penghantar memastikan pesanan dihantar tepat pada masanya dan cekap walaupun pada hari yang paling sibuk.

 

Muat turun aplikasi GoMamam hari ini, tersedia di App Store dan Google Play atau layari laman sesawang di 'www.gomamam.com'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07