Home > Bahasa Melayu
Promosikan Budaya Menolong Masyarakat
April 19th, 2023 | 06:49 AM | 100 views
SALAMBIGAR
Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sendirian Berhad, penyedia perkhidmatan komunikasi satelit tempatan di Negara Brunei Darussalam (NBD), hari ini menganjurkan acara beli-belah amal iaitu Shopping Raya dengan NiAT untuk sejumlah 10 keluarga yang kurang bernasib baik bagi membantu meringankan beban mereka dalam membeli keperluan persediaan Hari Raya menjelang Hari Raya Aidilfitri minggu ini.
Acara itu dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) NiAT tahun ini yang bertujuan mempromosikan kesukarelawanan selain menyumbang kembali kepada masyarakat dan budaya menolong masyarakat dalam kalangan warga NiAT.
Semasa acara itu, NiAT menampung perbelanjaan sejumlah BND300 bagi setiap keluarga terpilih. Lebih 20 kakitangan NiAT membantu keluarga tersebut dengan pembelian barangan runcit mereka di Gedung Serbaneka Hua Ho OneCity, Salambigar.
Ketua Pegawai Eksekutif NiAT, Lim Ming Soon, menyatakan, mereka percaya adalah penting untuk menyemai kebahagiaan dalam kehidupan orang lain dan berhasrat untuk mengamalkan kepercayaan ini melalui inisiatif ini.
“Kami juga berbesar hati untuk memberikan mereka bantuan kewangan dan membawa mereka kemeriahan di Hari Raya ini agar mereka juga dapat menikmati kegembiraan perayaan ini sama seperti orang lain. Kita tidak boleh mengabaikan mereka dan seharusnya berkongsi dengan membantu mereka kerana setiap bantuan itu amat berguna," ujarnya.
Keluarga-keluarga itu dikenal pasti oleh Projek Feed, sebuah perusahaan sosial yang memberi tumpuan kepada membantu keluarga yang menghadapi cabaran ekonomi di NBD.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]