FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semarak Ramadan Dengan Aktiviti Bermanfaat


 


 April 19th, 2023  |  06:50 AM  |   105 views

TUTONG

 

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) meneruskan lagi Program Tadarus Al-Quran Belia Di Bulan Ramadan di Daerah Tutong dan Daerah Belait, hari ini.

 

Di Daerah Tutong, program tadarus diadakan di Masjid Kampung Sinaut dan hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengetua Pusat Sejarah, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dikepalai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan Tadarus Al-Quran diketuai oleh Imam Masjid Kampung Sinaut, Pengiran Muhd Fakhrin bin Pengiran Mohd Dani, dan diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Awang Muhammad Darwisy Afiq bin Jailani dari Belia IMPAK Tutong serta bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Imam Masjid Kampung Sinaut.

 

Atur cara diteruskan dengan penyerahan sumbangan daripada tetamu kehormat kepada Imam Masjid Kampung Sinaut dan majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Zohor Berjemaah.

 

Di Daerah Belait pula, majlis tadarus dihadiri oleh Pemangku Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara, Mejar (B) Haji Mohammad bin Dollah selaku tetamu kehormat majlis bertempat di Masjid RPN Kampung Pandan.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dikepalai oleh tetamu kehormat, diteruskan dengan Tadarus Al-Quran dipimpin oleh Awang Haji Abdul Afiq bin Zainuddin dari Majlis Belia Brunei, diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Awang Mohammad Nabil bin Mohammad Nordin, Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Selamatkan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminnuddin dan majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Zohor berjemaah.

 

Program tersebut merupakan projek tahunan KKBS melalui JBS bersempena bulan Ramadan yang mubarak dan telah melibatkan banyak pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia dan tidak ketinggalan golongan belia sendiri.

 

Ia juga diadakan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan, di samping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia serta untuk menyemarakkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07