Home > Bahasa Melayu
34 Anak Yatim Terima Sumbangan Derma
April 19th, 2023 | 06:52 AM | 106 views
LUMAPAS
Majlis Penyampaian Derma Anak Yatim dan Projek Semurni Kasih Ramadhan anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumapas 'B' telah diadakan kelmarin bertempat di kediaman Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Lumapas 'B', Yang Berhormat Awang Mohammad Ali bin Tanjong.
Seramai 34 anak yatim telah menerima sumbangan yang sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Sementara itu, seramai 10 penerima Projek Semurni Kasih Ramadhan yang terdiri dari golongan asnaf fakir dan miskin, ibu tunggal dan warga emas yang kurang kemampuan.
Acara pada hari itu turut diselajurkan dengan bertahlil dan berbuka puasa.
Projek Semurni Kasih Ramadhan merupakan hasil kutipan yang disumbangkan berupa barangan asasi dan wang tunai yang mana aktiviti seumpamanya telah dijalankan sejak tahun 2019.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]