FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penaiktarafan MOHcares Mudahkan Orang Ramai


 


 April 19th, 2023  |  06:57 AM  |   117 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan terus komited dalam memastikan setiap perkhidmatan yang diberikan sentiasa mengutamakan pelanggan dan sentiasa mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada orang ramai.

 

Justeru itu, Aplikasi MOHcares 2.0 ini adalah penaiktarafan kepada Aplikasi MOHcares yang telah dilancarkan dulu pada bulan Ogos 2018.

 

Ia merupakan satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai untuk memberikan maklum balas, penghargaan atau cadangan bagi sebarang perkhidmatan atau apa jua perihal yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.

 

Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui berucap sedemikian dalam ucapan alu-aluannya semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Aplikasi MOHCares 2.0 pada hari ini bertempat di Lobi 5, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya Live Demo penggunaan Aplikasi MoHCares 2.0 dipamerkan di Kaunter Pediatrik bertempat di Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak, di sini.

 

Dengan penaiktarafan Aplikasi MOHcares ini juga tambahnya, akan membolehkan Kementerian Kesihatan memantau dengan lebih strategik tahap kepuasan hati pelanggan dan mengenal pasti isu-isu yang kerap diketengahkan oleh orang ramai agar Kementerian Kesihatan dapat menambah baik kualiti pemberian perkhidmatan kepada orang ramai.

 

Antara ciri-ciri aplikasi MOHCares 2.0 yang telah dinaik taraf adalah pengguna boleh membuat pendaftaran akuan dan juga boleh memberikan maklum balas tanpa mendaftar (Anonymous feedback); pengguna juga boleh mengongsikan maklum balas menggunakan Sistem Penilaian (Rating System) bagi setiap perkhidmatan yang tersenarai dalam Aplikasi MOHCares 2.0; pengguna boleh mengimbas Kod QR yang spesifik bagi setiap perkhidmatan yang telah dikenal pasti bagi setiap fasiliti kesihatan. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh memilih perkhidmatan dan lokasi yang tersenarai dalam Aplikasi MOHcares 2.0.

 

Dalam pada itu juga, para pengguna yang berdaftar boleh 'review' dan menyemak kesemua maklum balas yang telah diberikan dan membolehkan orang ramai mengongsikan sebarang pertanyaan umum; 'admin' bagi aplikasi MOHcares juga boleh berkomunikasi melalui aplikasi berkenaan jika memerlukan maklumat lanjut.

 

Penaiktarafan ini juga membolehkan orang ramai merujuk senarai direktori telefon bagi fasiliti kesihatan yang dikenal pasti jika mereka berkeinginan untuk menghubungi fasiliti-fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan; dan orang ramai boleh membuat perjanjian untuk berjumpa dengan pegawai di Bahagian Perhubungan Korporat melalui Aplikasi MOHcares 2.0.

 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Bacaan Doa Selamat oleh Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Haji Nor Asilin bin Haji Puting.

 

Turut hadir di acara ini ialah Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan, Dr. Hajah Lailawati binti Haji Jumat; Ketua-ketua Jabatan; pegawai-pegawai kanan; pegawai-pegawai serta kakitangan-kakitangan dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55